Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: Rule of Thirds (Normaliza Abd Rahim, 2019)


Posting di Facebook



Berikut merupakan posting di Facebook yang berkaitan dengan Rules of Thirds.  Tugasan ini menjelaskan berkaitan dengan rules of thirds.  Semua orang suka bergambar tetapi tidak semua orang yang tahu tentang teknik fotografi yang berkesan. Tugasan ini telah menjelaskan bagaimana Teknik yang betul untuk mengambil gambar atau berswafoto. Dengan adanya, rule of thirds  ini gambar yang terhasil akan menarik serta dapat menarik minat orang lain.


Rujukan: 

Normaliza abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Seangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hak cipta Terpelihara.

BBM3410Satu2020: Media Sosial: Gambaran Keseluruhan

Aktiviti 1: : Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian anda?




Aktiviti 2: : Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?



Aktiviti 3: Pilih dua daripada aplikasi media sosial dan berikan kelemahannya.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial.  Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (Normaliza Abd Rahim, 2019)

CERITA SOSIAL 2:  SAYA YANG ISTIMEWA




Berdasarkan certa sosial 2: Saya yang Istimewa terdapat bebrapa nilai yang terkandung dalam cerita tersebut. Cerita tersebut berkisahkan tentang kanak-kanak lelaki yang bernama Alim. Alim hidup bahagia bersama keluarganya yang terdiri daripada bapa, ibu abang, aisyah  dan kakak. Nilai yang terdapat dalam cerita tersebut ialah pemurah. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang pemurah kerana dia sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain. Walaupun rezekinya sedikit namun dia masih lagi akan berkongsi dengan orang lain. Sebagai contoh, Alim telah memberikan buah-buahan yang dibelikan oleh bapanya kepada Sulaiman yang merupakan jirannya. Alim sentiasa ingat pesanan ibu dan bapanya iaitu perlu sentiasa berkongsi rezeki dan perlu bersikap pemurah dengan sesiapa sahaja. Justeru, sikap pemurah yang dimiliki oleh alim itu membuatkan semua orang menyenanginya.

Nilai yang kedua ialah tolong-menolong. Nilai ini dapat dilihat apablia semua ahli keluarga Alim tolong-menolong membersihkan kulit buah-buahan setelah selesai makan. Mereka bersama-sama membersihkan kulit buah-buahan tersebut bagi memastikan rumah mereka bersih. Walaupun Alim masih lagi kanak-kanak namun itu tidak menghalang untuk Alim menolong keluarganya. Oleh itu, sikap tolong-menolong antara ahli keluarga ini merupakan sikap yang murni dan semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat apabila ahli keluarga saling tolong-menolong.

 Akhir sekali ialah nilai kasih sayang. Nilai kasih sayang dapat dilihat dalam cerita ini apabila Mak Cik Timah ibu kepada Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah kepada keluarga mereka. Mak Cik Kiah juga mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Alim. Hal ini emperlihatkan Mak Cik Timah sayang akan Alim dan keluarganya kerana Alim dan keluarganya setiasa mengamalkan sikap baik hati terhadap keluarga Mak Cik Timah.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara


Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: Kajian wacana

1. Buku Kajian Wacana

Bahagian A

Nama: Nur Faqin Binti Yusof
No.Matrik: 196003

Strategi Kesopanan
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cnatik baju kamu.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hak cipta Terpelihara



Bahagian B

Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya Yang Istimewa
Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang baik hati yang bernama Alim. Alim ini mempunyai keluarga yang bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Pada suatu hari, ayah Alim telah ke Pasar tani membeli buah-buahan untuk dimakan bersama keluargannya. Pelbagai jenis buah-buahan yang telah dibeli oleh Ayah Alim seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Alim dan adik-beradiknya begitu gembira sekali apabila mengetahui bapa mereka telah membeli buah-buahan kegemaran mereka. Mereka telah makan dengan begitu teruja kerana buah-buahan tersebut merupakan buah-buahan kegemaran mereka. Sebelum mereka menikmati buah-buahan tersebut, ibu Alim berpesan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah agar rumah mereka kelihatan bersih dan tidak bersepah. Ketika menikmati buah-buahan tersebut, Alim telah meminta izin kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada kawannya iaitu Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Alim sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya selalu berbuat baik dengan orng lain. Alim telah memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang ketika itu sedang membasuh basikalnya. Emak Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberi buah kepada keluarga mereka. Mak Timah juga memuji sikap Alim yang baik hati kerana sering berkongsi rezeki dengan orang lain. Sikap Alim yang baik hati itu telah membuatkan ramai orang sayang kepadanya.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hak cipta Terpelihara

BBM3410Satu2020: Jenis-Jenis Shot

2. Buku Multimedia Dalam Bahasa

Bahagian A


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hak cipta Terpelihara


Bahagian B

Rule of third merupakan antara perkara yang penting dalam bidang fotografi. Hal ini kerana, rule of third boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam foto yang diambil. Bagi memastikan seseorang itu dapat menghasilkan gambar yang cantik dan menarik seseorang itu perlu menggunakan rule of third dengan teknik yang betul. Antara kaedah yang diperlukan untuk menggunakan rule of third adalah semasa mengambil gambar seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, rule of third digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk ‘garis’ yang juga berguna untuk elemen foto. Justeru, seseorang itu dapat menghasilkan swafoto yang cantik dan menarik. Apabila membingkai foto, seseorang itu perlu bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting dan cuba letakannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan, rule of third tidak digunakan dalam setiap situasi dan kadangkala boleh menghasilkan sebuah foto yang menarik. Oleh itu, seseorang itu perlulah menggunakan rule of third dan mengikut teknik yang betul ketika ingin mengambil gambar bagi memastikan gambar yang terhasil cantik dan menarik seterusnya dapat memenuhi cita rasa orang tersebut.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hak cipta Terpelihara







BBM3410Satu2020: Twitter dan Trend Terkini


TWITTER DAN TREND TERKINI
(BAHAGIAN B)

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang indiviidu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalahpenting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Pada pendapat saya, berdasarkan penulisan Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 beliau berpendapat sesebuah penulisan yang dihasilkan akan memberi kesan yang besar kepada pelajar. Hal ini kerana, melalui sesebuah penulisan bakat-bakat yang terpendam dalam diri pelajar dapat dicungkil dan seterusnya dapat diperkembangkan. Sebelum menulis, seseorang itu perlu menguasai perkara yang akan ditulis kerana ianya akan memberi kesan terhadap orang itu sendiri dan orang lain. Justeru, bagi megelakkan penulisan yang tidak sahih penulis perlulah membuat penyelidikan terlebih dahulu melalui pembacaan ilmiah. Namun begitu, terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang penulis semasa menulis. Terdapat pelajar yang tidak yakin dengan penulisannya dan akan menyebabkan emosi dan pemikiran mereka terganggu. Justeru, mereka perlu mengatasi sifat tersebut bagi memastikan penulisan mereka akan berjaya dan diterima umum. Selain itu, pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada berfikiran negatif apabila orang lain membaca penulisannya kerana dengan adanya penilai mereka akan mengetahui kelemahan mereka dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan diri mereka. Seterusnya berdasarkan penulisan yang dibuat oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim pada tahu 2017 bahawa kebanyakkan pelajar pada hari ini lebih gemar untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang melibatkan pengajaran bahasa. Penglibatan secara langsung dalam aktiviti ini amat penting kepada pelajar kerana pelajar dapat mendalami sesebuah ilmu itu. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung ini akan memberi peluang kepada mereka untuk bertanya kepada penajar apabila tidak memahami sesuatu perkara. Oleh itu, tahap kefahaman pelajar dapat ditingkatkan melalui pengajaran ini.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu. Hak cipta Terpelihara


Monday, April 27, 2020

BBM3410: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA




POWER POINT 1
POWER POINT 2




Markah kumpulan TechNinja's. Alhamdulillah. Terima kasih Prof😍😍

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...