Friday, March 6, 2020

BBM3410SATU2020: Asas Grafik

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.



1. MUDAH

  •  Mudah boleh didefinisikan sebagai apabila melihat sesebuah grafik atau imej seseorang itu boleh memahami grafik tersebut tanpa sebarang kekeliruan. 
  • Contohnya, gambar seorang wanita yang sedang menyiang dan membersihkan ikan di jeti pasar. Apabila melihat foto tersebut seseorang itu dapat memahami bahawa foto itu memperlihatkan seorang wanita yang berada di pasar atau jeti.


2. WARNA
  •  Warna bagi sesebuah grafik sepatutnya tidak melebihi daripada tiga warna. Hal ini bagi mengelakkan kombinasi warna tersebut kelihatan terlalu banyak. Namun terdapat juga grafik yang mengandungi lebih daripada tiga warna kerana ianya bergantung pada objektif atau mesej yang ingin disampaikan.
3. TEKS
  •  Teks merujuk kepada saiz font yang dipilih atau digunakan dalam sesebuah grafik. 
  •  Contohnya, iklan yang berkaitan dengan sesuatu produk perlulah menggunakan saiz font yang besar supaya dapat menarik minat pembeli
4. KESESUAIAN
  • Kesesuaian dalam grafik boleh merupakan sesebuah grafik itu perlulah bersesuaian dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesebuah foto. 

5. KESEIMBANGAN
  • Merujuk kepada ruang dalam grafik atau video
  • Melibatkan ruang kiri, kanan, atas dan bawah bagi sesebuah grafik
  • Ruang grafik perlulah sama berat dan seimbang
  •  Contohnya, grafik seorang wanita yang sedang duduk di ruang sebelah kanan dan ruang di sebelah kirinya pula terdapat teks yang berkaitan biodata dirinya

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...