Friday, March 6, 2020

BBM3410SATU2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal ( Normaliza Abd Rahim, 2014). Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Keputusan kajian ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap gambar yang telah dinyatakan berkatan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan kajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa dan pembelajaran multimedia.


Graf 6.1 merupakan blog di dalam Pengajian Kesusasteraan. graf tersebut telah menunjukkan perspektif responden tentang pengajian Kesusasteraan. Antara genre kesusasteraan yang diperincikan ialah puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Hal ini dapat dilihat bahawa responden telah memilih salah satu daripada genre kesusasteraan berikut yang mereka suka untuk ditulis di dalam blog. Bagi genre puisi sebanyak 66.7% yang mewakili responden lelaki dan 80% mewakili responden wanita. Secara keseluruhannya menunjukkan responden wanita lebih gemar menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Keputusan juga menunjukkan kedua-dua responden lelaki dan perempuan mencadangkan puisi adalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog. Untuk cerpen pendek pula sebanyak 86.7% yang mewakili sebanyak 26 responden lelaki dan 96.7% bagi responden wanita. Keputusan menunjukkan responden wanita lebih gemar menulis cerita pendek dalam blog berbanding responden lelaki. Selain itu, menulis skrip juga dicadangkan oleh responden. Sebanyak 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita). Kseluruhannya dapat dilihat responden wanita lebih lebih tinggidaripada peratusan responden lelaki. Hal ini memperlihatkan responden wanita lebih gemar berkongsi idea dan pandangan dalam menuis skrip. Akhir sekali, peratusn pantun menunjukan 66.7% yang melibatkan 20 responden lelaki dan 86.7% iaitu sebanyak 26 responden wanita.

Graf 6.2 merupakan Blog dalam Pembelajaran Bahasa. graf ini telah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu penulisan surat, meuahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Bagi Penulisan surat pula mewakili 80% yang melibatkan 24 responden lelaki dan 83.3% yang mewakili 25 responden wanita. Keseluruhannya dapat dilihat responden wanita memperoleh peratusan yang tinggi berbanding responden lelaki. Seterusnya, menulis di dalam blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan, 66.7% sebanyak 20 responden lelaki dan 100% (30 responden wanita) menyatakan cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding responden lelaki. Blog merupakan medium terbaik bagi responden wanita meluahkan perasaan. Akhir sekali, teka-teki, 93.3% melibatkan 28 responden lelaki dan 96.7% yang mewakili 29 responden wanita.

Graf 6.3 pula merupakan blog dalam pembelajaran teknologi. Di dalam graf 6.3, ia boleh dinyatakan penulisan blog membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Bagi video 100% responden lelaki dan wanita menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada mereka. bagi audio pula, peratusan untuk responden lelaki dan wanita adalah sama iaitu 100%. Ini menunjukkan ereka berminat dengan audio kerana blog mengandung kesemua lagu kegemaran mereka. Bagi gambar pula, 93% mewakili 28 orang responden lelaki dan 100% mewakili 30 responden wanita. Mereka menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan hantaran. Peratusan responden wanita lebih tinggi daripada responden wanita.

RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...