Friday, February 28, 2020

BBM3410SATU2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK




[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pai hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya saying ibu dan bapa 
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama 
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:

Normaliza Abd. Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


Cerita saya berdasarkan model penceritaan di atas


Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang beradik. Saya berumur 12 tahun. Pada tahun ini saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya mempunyai keluarga yang amat menyayangi saya dan sentiasa ada bersama saya apabila saya memerlukan mereka. Saya juga mempunyai seorang abang, kakak dan seorang adik. Ibu dan ayah saya merupakan peniaga di pasar malam. Selepas pulang sahaja dari sekolah saya akan membantu ibu dan ayah berniaga di pasar malam. Walaupun ibu dan ayah melarang untuk saya membantu mereka namun saya tetap berkeras untuk membantu mereka kerana bagi saya itu merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Saya tahu sebagai seorang anak tanggungjawab saya menuntut ilmu dan bukan bekerja namun saya tetap perlu membantu mereka di pasar malam agar dapat meringankan sedikit beban mereka. Abang dan juga kakak turut membantu ibu dan ayah di pasar malam usai pulang dari sekolah. Apabila kedai kami tiada pelanggan saya akan mencuri masa untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan percubaan UPSR akan berlangsung tidak lama lagi. Walaupun saya sibuk membantu ibu dan ayah di kedai hingga larut malam nanti namun saya tidak akan mengabaikan pelajaran saya. Ibu dan ayah juga sering mendidik kami adik-beradik untuk menghormati orang tua, sentiasa merendahkan suara ketika bercakap dengan orang yang lebih tua dan sentiasa menyayangi orang di sekeliling tidak kira siapaun orang itu. Sejujurnya dari lubuk hati saya yang paling dalam ini saya benar-benar mencintai dan menyayangi keluarga saya dengan sepenuh hati saya. Walaupun keluarga kami tidak seperti keluarga orang lain yang kaya namun saya tetap bersukur kerana keluarga kami kaya dengan kasih sayang, kaya dengan adab dan kaya dengan nilai-nilai murni. Saya setiasa memohon kepada yang Maha Kuasa agar sentiasa melindungi dan merahmati keluarga kecil saya ini. Keluarga saya nadi hidup saya.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...