Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk



Cerita sosial 1 ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim telah pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kajang. Alim pulang ke kampung bersama ibu bapa dan adik beradiknya iaitu abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Seusai tibanya di kampung halamannya Alimterus menuju ke reban ayam dan itik nenek dan datuknya. Alim tidak sabar untuk bermain dengan ayam dan itik. Alim mendapati ayam dan itik tiada di kampung dan menyangkakan ayam dan itik tersebut telah mati. Lalu, Alim telah menangis kerana ayam itik nenek dan datukya sudah tiada. Namun, perkara itu disangkal oleh nenek dan datuknya kerana ayam dan itik tersebut telah berpindah ke reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama. Alim berhenti menangis dan terus tersenyum apabila mengetahui ayam dan itik tersebut masih hidup. Setelah Alim puas melihat ayam dan itik, Alim terus masuk ke rumah nenek dan datuknya. Alim melihat sekeliling rumah nenek dan datuknya lalu Alim terus menangis kerana mendapati keadaan rumah nenek dan datuknya berlainan daripada biasa. Lantas, neneknya terus memujuk Alim sambal berjalan keliling rumah dan bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepadanya. Setelah Alim mendengar cerita daripada neneknya, dia terus duduk di ruang tamu sambal menonton televisyen Bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah sambal ketawa. Ibu bapa, nenek serta datuknya hairan dan sedih melihat perilaku Alim pada hari tersebut.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim.(2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...