Friday, February 14, 2020

bbm3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog Yang Baik

1. tajuk yang menrik yang boleh menarik perhatian pembaca

2. Cerita menarik yang boleh menarik perhatian pembaca

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda

5. Kaitkaan penulisan anda dengan berita terkini

6 Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas

7. Dapat dibaca dan difahami

8. dapat berkomunikasi dengan pembaca

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan



Berdasarkan cara penulisan blog yang baik di atas dapat kita lihat bahawa penulisan blog perlulah  mengikut cara yang telah ditetapkan bagi menghasilkan blog yang baik dan menarik. Cara yang pertama untuk menulis blog, seseorang itu perlu memastikan tajuk blog itu menarik agar dapat menarik minat pembaca untuk membacanya. Selain itu, sesebuah cerita yang ditulis di dalam blog itu perlulah menarik dengan memasukkan ayat yang berbentuk jenaka agar pembaca tidak mudah bosan ketika membaca blog tersebut. Hal ini kerana, sekarang ini pembaca blog pada masa kini terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kebanyakan pembaca lebih gemar membaca blog yang mempunyai nilai jenaka dan penggunaan bahasa yang mudah, ringkas serta mudah difahami. Penulis blog perlulah mengelakkan dari menggunakan bahasa yang berbelit-belit. Sebelum menulis blog, penulis perlulah mempunyai ilmu dalam perkara tersebut bagi mengelakkan penyampaian maklumat yang tidak tepat dan sahih. Oleh itu, penulis blog perlulah mendalami ilmu sesebuah bidang atau perkara tersebut sebelum mula menulis. Seterusnya, penulis juga perlu memasukkan nilai moral dan nilai estetika  dalam penulisan blognya. Justeru, pembaca yang membaca blog tersebut akan memperoleh nilai moral yang baik seterusnya dapat diaplikasikan di dalam diri mereka. Hal ini seterusnya akan melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi kerana kesan daripada membaca blog tersebut.

Normaliza Abdul Rahim(2014). Learning Through Blog Writing Embracching the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh Media Sosial. Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu.










No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...