Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik (Gambar)


Tugasan pertama yang diberikan dalam kuliah adalah menghasilkan sebuah buku ringkas tentang elemen asas grafik dalam multimedia. Setiap kumpulan perlu menghasilkan tugasan yang sama dan perlu dihantar pada waktu yang telah ditetapkan. Gambar-gambar di bawah merupakan penerangan tentang proses-proses menghasilkan buku tersebut. (Kumpulan 1)


Proses mencari dan memotong huruf-huruf kecil daripada majalah untuk membentuk nama-nama ahli kumpulan


Proses memotong nombor-nombor daripada majalah untuk membentuk no matrik setiap ahli kumpulan

                                           
                                   

Proses mencari gambar daripada majalah dan perlu memastikan gambar yang dipilih memenuhi elemen asas grafik

                                            Proses menebuk lubang pada mounting board


                             Proses menampal nombor nombor untuk dijadikan no matrik


                                          

                                          

Prose menampal gambar pada mounting board dan memastikan gambar yang sudah siap ditampal tiada angin atau buble

                                  Proses menyiapkan buku ringkas tentang elemen asas grafik
                                     


                                                      Gambar bersama ahli kumpulan


                                        Gambar buku ringkas elemen asas grafik yang telah siap

MINGGU 3

Prof Dr Normaliza telah memulangkan semula buku ringkas asas grafik yang telah siap kami hantar kepada beliau. Kumpulan 1 (Tech Ninjas' Production) telah memperoleh 3 bintang bagi buku ringkas asas grafik tersebut.



ULASAN ASAS GRAFIK

1. Mudah
Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana gambar tersebut mudah difahami. Apabila kami melihat gambar tersebut kami telah mengetahui gambar tersebut merupakan gambar bunga.


2. Warna
Ulasan: Kumpulan kami memiloh gambar ini kerana warna yang digunakan sangat menarik perhatian. Latar belakang pada gambar tersebut hanya menggunakan satu warna sahaja iaitu warna jingga tetapi terdapat juga 5 warna yang berbeza pada objek di dalam gambar tersebut.


3. Teks
Ulasan: kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana gambar tersebut jelas sekali terdapat teks dan grafik. Jenis dan saiz font yang dipilih juga bersesuaian dengan gambar tersebut dan tidak menganggu gambar tersebut kerana penyusunan teksnya agak kemas.


4. Kesesuaian
Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana grafik tersebut bersesuaian dengan latar tempat. Grafik tersebut menunjukkan dua orang wanita sedang menyiang ikan di kawasan jeti nelayan atau di pasar. Selain itu, latar watak yang ditunjukkan dalam gambar juga bersesuaian

5. Keseimbangan
Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana ruang dan grafik pada gambar seimbang. Pada ruang di sebelah kiri terdapat teks manakala ruang di sebelah kanan terdapat gambar seorang wanita. Justeru, kedua-dua belah ruang di kiri dan kanan sama berat.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...