Wednesday, January 20, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 


Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha. 


Assalamualaikum pembuka bicara,

Saya Nur faqin si cantik jelita.

 

Tiberrr. Ehhh berangan pulak kau yee faqin. Hahaha nak berangan tak salah, tak kena bayar pun kan? Gittew. Sedar tak sedar minggu ni dah masuk minggu 13 yee. Aku macam wow cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam daftar degree, tiba-tiba ni dah semester 5 ye anak-anak. Betul lah pepatah Melayu ada berkata masa itu emas. Sangat sangat berharga ye masa tu. Nak beli dekat kedai pun takde yee, kecuali nak beli jam tu ada lah tapi masa memang takde jual dekat kedai. Shopee lagi lah takde. Tujuan aku update blog ni ofcos laa atas arahan ProfN kuu yang tercinta. Tugasan terakhir bagi subjek BBN3402. Yelaa dah masuk minggu 13 kan ofcos laa ada banyak cerita dan kisah yang aku lalui sebelum jumpa m13 ni.

 

Bismillah,

Sem 3…

Sebenarnya aku tahu kewujudan subjek BBN3402 masa aku sem 3 sebab waktu tu classmates aku ada daftar subjek ni as elektif. Banyak la aku dengar cerita dari diorang. Masa sem 3 ni tiada lagi kewujudan dan kelahiran COVID-19 ni so kuliah as usual la. Aku ingat lagi masa tu aku ada kelas PBK dekat kabin belakang perpustakaan, lepas habis kelas PBK classmates aku ada kelas ProfN subjek BBN3402 ni laa. So,diorang minta izin Dr Halis untuk keluar awal sebab diorang ada kelas ProfN. Dr Halis pun izinkan classmates aku tu keluar awal untuk pergi kelas ProfN di FBMK yee. Jauhh kauu dari kabin ke FBMK tuu kalau nak jalan kaki.


Nak jadi kan cerita, satu hari tu aku dengan geng-geng aku lepak (woww lepak kauu hahahaha) dekat latar siswa, then datanglah classmates aku yang ambil subjek ProfN ni. Rushing diorang lain macam yee, masing-masing semua muka ketat tengok laptop, buat kerja. Menaip tu tak payah laa cakap laju gila jari jemari memasing bertindak memainkan peranan. Esoknya tu aku adalah tanya salah sorang daripada diorang, dia cakaplah kerja ProfN ni kena hantar tepat pada waktunya,kerja memang banyak, rushing tahap gaban nak kejar masa. So, aku pun berhasrat dalam hati, tak nak lah amik kelas ProfN ni. Takutttt.

 

Sem 5…

Tiberr dah berubah fikiran yee. Aku daftar subjek ProfN tauuuu!!! hshshshsh aku sendiri tak percaya. Mana hasrat masa sem 3 tu faqin oiii? Beria tak nak last-last daftar jugakk. Hahahaha. Itulah orang cakap tak kenal maka tak cinta. Ceritanya macam ni. Masa sem 4 aku dah belajar dengan ProfN subjek multimedia. Kerja memang banyak, macam-macam video kena buat. Plus video tugasan tuu kena buat masa covid, mencabar betuiii. Tiap-tiap minggu ada je tugasan video. Rasa nak nangis wehhh. Memang nangis pun hahahaha. Tapi alhamdulillah keputusan ujian memang woww laaa. Jujur cakap kerja yang prof bagi memang banyak tapi hasilnya tu memang deboom laa. Orang cakap A dalam genggaman laa kalau belajar dengan ProfN ni. Jadi bertitik tolak daripada subjek multimedia laa yang mendorong aku ambil subjek BBN3402 ni. Walaupun memang ramai classmates aku yang tak nak daftar kursus ni tapi aku sendiri begitu bersemangat yee mendaftar kursus ni.


Masa minggu pertama dah ada tugasan yee. Setiap minggu ada tugasan baru. Setiap minggu belajar ilmu baru. Ilmu penterjemahan tauu, tak pernah terfikir aku akan belajar penterjemahan ni. Besttt sangat sangat, walaupun mula-mula tuu terjemah macam entah apa-apa, patutlah prof kata baca terjemahan kitorang nak tergelak. Aku sendiri baca hasil terjemahan aku masa awal-awal sem, pun tergelak. Hahaha apa laa yang aku terjemah agaknya. Tapi alhamdulillah dah minggu 13 ni makin pro yee. Kadang dengar lagu pun nak terjemah dalam bahasa Inggeris. Hebat bukan penangan subjek BBN3402 nii. Walau subjek ni paling banyak tugasan, kena emel on time tapiii banyak yang aku belajar. ProfN berjaya jadikan aku seorang pelajar yang disiplin teliti and paling penting buat kerja on time. Nasihat aku kepada junior, jangan takut belajar dengan ProfN, sebab beliau sangat baik, memahami walaupun kadang garang tapi selalu puji gadis-gadis dalam kelas yee. And prof sorang je tau gelarkan student perempuan as gadis. Bila dengar tu terus rasa diri ini ayu merangkap gadis melayu terakhir yang sopan. Tiber hahaha. ProfN ni sebenarnya PA aku merangkap SV aku, kuatkan jodoh aku dengan Prof. Hahaha berangan japp. Beliau sangat baikk (dah berjuta kali aku ulang) sebab prof memang baik wehh. Bukan nak mengampu ke apa,tapi tula hakikatnya. “Prof saya sayang Prof sangat-sangattttttt”. Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar dari prof. Saya sangat hargai. Moga Allah akan membalas kebaikan prof, moga prof sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang baik dan sentiasa dalam pelukanNya. Moga kita akan bersua lagi prof. (Ehh lupa pita tak setel lagi, ofcos akan jumpa prof lagi heheh). Tengok kuatkan jodoh aku dengan Prof!!!


Sekian sahaja sesicurhat pada minggu ini. aku sertakn hasil tugasan aku sepanjang minggu pertama sampai minggu 11. Ayuhh tengok sama-sama.moga bermanfaat. 


MINGGU 1

BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL

MINGGU 2

BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU 2 CERITA SOSIAL

MINGGU 3

BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU3 PUISI

MINGGU 4

BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL 

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1

MINGGU 5

BBN3402STU2020: MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN

MINGGU 6

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS

MINGGU 7 

BBN3402SATU2020: MINGGU 7 QUOTATION

BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL

MINGGU 8

BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS

MINGGU 9

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION (2)

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA

MINGGU 10

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI (1)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI (2)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI (3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI (4)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION (3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAHKAU INGAT?

MINGGU 11

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION (4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (1)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (2)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (3)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (5)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (6)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (7)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (8)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (9)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (10)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (11)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (12)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (13)

MINGGU 12

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...