Thursday, January 7, 2021

BBN3402SATU2020:MINGGU 11 HURAIAN TESIS



 Masihkah Kau Ingat?


1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).


Huraian: Penulisan tesis perlulah dihasilkan menggunakan ayat daripada pengkaji sendiri, dalam kata lain penulisan tersebut perlulah asli. Penulisan tesis juga tidak boleh dilakukan dengan menyalin keseluruhan teks sama ada daripada artikel mahupun buku dan perlu diolah menggunakan ayat sendiri.



2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.


Huraian: Tesis yang disediakan sewajarnya disemak terlebih dahul menggunaka turnitin atau tool yang lain sebelum dihantar kepada penyelia atau jurnal. Hal ini bagi memastikan tidak terdapat sebarang plagiarisme terhadap tesis yang telah dihasilkan.



3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder. 


Huraian: Penulisan tesis seharusnya dilakukan dengan merujuk rujukan utama yang dilakukan oleh pengkaji asal dan perlu mengelakkan mengambil rujukan sekunder. Misalnya, pengkaji perlu mengambil artikel atau jurnal yang ditulis oleh pengkaji asal sebagai rujukan utama dan perlu mengelakkan mengambil rujukan pengkaji lain yang menyatakan rujukan pengkaji asal tersebut dalam arikelnya. Hal ini kerana, pengkaji yang mengambil rujkan pengkaji lain dianggap sebagai rujkan sekunder.


  

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).


Huraian: Pengkaji yang ingin melakukan kajian berkaitan sesuatu bidang sewajarnya membaca artikel yang berkaitan tajuk yang dipilih. Hal ii bagi memastikan pengkaji mendapat gambaran awal berkaitan kajian yang akan dijalankan. Artikel yang perlu dibaca seharusnya banyak dengan jumlah minimum sebanyak 50 artikel.

 


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

 

Huraian: Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pengkaji ialah perlu menghadiri seminar atau persidangan berkaitan kajian yang dilakukan. Hal ini bagi memastikan pengkaji memperoleh banyak maklumat berkaitan kajian yang ingin dijalankan.

 


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

 

Huraian: Setiap kajian yang ingin dijalankan seharusnya melalui proses perbincangan bersama penyelia yang pakar dalam bidang yang ingin dikaji. Pengkaji juga seharusnya mengelakkan daripada berbincang dengan pelajar yang lain berkaitan kajian tersebut kerana pelajar bukanlah orang yang tepat untuk dirujuk.



7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master: 50 halaman PhD), Bab 3 (10 12 halaman). Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

 

Huraian: Tesis yang dilakukan seharusnya mematuhi jumlah halaman yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kekurangan dan terlebih halaman. Keseluruhan jumlah halaman yang diperlukan bagi bab 1 sebanyak 10-12 halaman, bab 2 sebanyak 30 halaman bagi bacelor manakala master dan PhD sebanyak 50 halaman, bab 3 pula antara 10-12 halaman dan bab 4 sebanyak 40 halaman yang mewakili setiap objektif dan bab 5 sebanyak 8-12 halaman.



8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.


Huraian: Keseluruhan halaman tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti yang telah ditetapkan. Hasil keseluruhan halaman tesis perlu mempunyai lebih kurang 80 halaman (maksimum) bagi bacelor, master pula sebanyak 81-50 halaman dan PhD sebanyak 151-240 halaman.


9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Huraian: Bagi melaksanakan tesis sewajarnya pengkaji atau pelajar membuat perancangan atau jadual yang berkaitan sepanjang tempoh pengajian. Hal ini bagi mengelakkan penulisan tesis tersebut tergendala dan tidak dapat diselesaikan dalamtempoh yang ditetapkan.


RUJUKAN: 

Normaliza Abd Rahim. (2019).Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia



GAMBAR BUKTI KEHADIRAN M11




No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...