Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi

_______________________________________________________________________________ Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
__________________________________________________________________________________________ Strategi Pengelakan atau Pengurangan
___________________________________________________________________________________________
1. Pengabaian/ Peninggalan mesej

2. Pengelakan topik
___________________________________________________________________________________________ Achievement or Compensatory Strategies Pencapaian atau Stategi Pampasan
_________________________________________________________________________________
3. Parafrasa (Circumlocution)

4. Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan

6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)

7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)

8. Terjemahan literal

9. Pengantarabangsaan

10. Pertukaran kod

11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling

__________________________________________________________________________________

Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu ______________________________________________________________________________

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices) ___________________________________________________________________________________________ Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonoi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Taksonomi ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Peninggalan mesej memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik. Penukaran mesej pula ialah penukaran mesej asal dengan mesej baharu. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan leksikal umum . Penstrukturan semula merupakan peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa. Pengantarabangsaan pula merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...