Thursday, December 17, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

 


Belajar untuk menunggu dengan penuh kesabaran. Bukan dengan sikap yang tidak elok. Jika  melihat rakan anda dikurniakan kemudahan dalam segala hal, bergembiralah buat mereka.  Doakan kesejahteraan buat mereka maka Yang Maha Kuasa akan memberi rahmat yang sama kepada anda. Rahmat buat anda akan tiba jua. Sentiasa berpegang pada prinsip ini: jangan pernah merungut apabila belum tiba waktunya. Saya akan terus menunggu.



Yang Maha Kuasa akan mengurniakan sesuatu yang anda hajati pada waktu yang tepat. Jika sesuatu itu terbaik buat anda, maka Dia pasti akan mengurniakannya kepada anda. Jika ianya tidak baik buat anda, sudah pasti Dia akan menjauhkannya daripada anda. Jangan pernah sesekali berfikir Dia tidak mendengari doa anda. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui sesuatu yang terdapat dalam hati anda sebelum anda melafafkannya.

Bagaimanakah anda menguruskan kehidupan seharian anda. Adakah anda menyemai benih-benih kebaikan kemudian anda mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan atau adakah anda melakukan apa sahaja yang ada dalam fikiran anda. Jangan pernah membuang masa yang singkat ini untuk dunia ini. Tanamkan benih-benih positif, rasa syukur, kecintaan, pengharapan dan sebagainya lalu anda akan melihat kesannya kepada orang  sekeliling. 

Adakah anda berasa begitu sukar untuk memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan kepada anda? Belajarlah utuk memupuk nilai pemurah dan penyayang. Ianya akan menjadi peringatan kepada anda bahawa begitu pentingnya untuk menunjukkan sifat ihsan kepada orang lain. Kadangkala kita boleh menjadi begitu marah terhadap satu sama lain dalam perkara yang begitu kecil, tetapi adakah kita lupa kita berharap rahmat Yang Maha Kuasa?

Dalam masa yang cepat atau lambat, seseorang pasti akan mengecewakan anda; tidak kira betapa baiknya mereka. Ini adalah sifat manusia; kita semua melakukan kesalahan dan keputusan yang kurang baik dari semasa ke semasa. Ingatlah, kelahiran anda ke dunia ini sendirian dan anda juga akan meninggalkan dunia ini sendirian. Oleh itu,jangan bergantung kepada sesiapa kecuali diri anda sendiri dan Dia yang telah menciptakan anda!


GAMBAR BUKTI KEHADIRAN MINGGU 8



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...