Monday, December 21, 2020

BBN3402SATU2020:MINGGU9 QUOTATION (2)

 TUGASAN KUMPULAN

              

NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK               NUR FAQIN BINTI YUSOF
                                    195920                                                                      196003


1. Teks Asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness. 

    Terjemahan Melayu: Jika anda dimarahi oleh seseorang, tersenyumlah dan meminta maaf

    Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga saya)

   Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan     tersenyum. "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu       dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!" bisik ibu perlahan. 

  

2. When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time            heals.

     Terjemahan Melayu: Apabila berada dalam keadaan yang paling sukar dalam kehidupan, sentiasa          mengingatkan diri bahawa kesukaran itu akan hilang jua. Masa akan menyembuhkannya.

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

Pada suatu hari, Alim jatuh sakit. Badannya panas dan Alim tidak bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan alim tidak pernah merungut. Bapa dan ibu membawa Alim ke klinik berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya alim cepat sembuh. Apabila sakit, Alim tidak akan bercakap.alim akan tidur di bilik. Alim tidak akan membaca buku cerita lagi. Abang, kakak dan adik sedih melihat keadaan Alim.mereka menemani Alim di bilik, mereka cuba bercerita dengan alim tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata Alimterbuka tetapi Alim tetap kaku.

“Kenapa dengan abang, ibu?”ujar adik perempuan Alim sambil menangis.

“Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim.

Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis. Mereka semua berdoa supaya alim cepat sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca buku cerita bersama abag, kakak dan adik perempuan.

 

3. Teks Asal: Always be kind to others.

   Terjemahan Melayu: Sentiasa berkelakuan baik terhadap orang lain.

   Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

   "Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?," tanya Alim kepada ibunya." Ibu dan bapa        selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik",        sambung Alim lagi.

 

4. Teks Asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for others

   Terjemahan Melayu: Cintai dan sayangi diri terlebih dahulu sebelum mencintai dan menyayangi orang lain.

       Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari, Alim cuba memahamai kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin         bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong adik perempuan         di rumah.

 

5. Teks Asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.

   Terjemahan Melayu: Katakan perkara yang baik, katakan perkara yang  mendatangkan faedah dan pastinya akan memperoleh kebahagiaan dalam hidup.

     Bukti: Cerita Sosial 2 ( Saya yang Istimewa)

    “Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambil                 mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah. 



6. Teks asal: I will not judge you. I am just a normal person.

    Teks terjemahan: Saya tidak akan mengadili awak. Saya hanya manusia biasa.

    Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

    “Alim,mari ibu tolong!,” seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan                 berjalan ke hulu dan ke hilir.

    “Saya takmahu buat, ibu,”kata Alim sambil menggaru-garu kepalanya.

    Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan     tersenyum.

    “Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan                    memegang batang penyapu bersama Alim.”Begini, perlahan-lahanya!,” bisik ibu perlahan.

    Alim tersengih dan cuba menyapu sampah.Akhirnya,dia berjaya menghabiskan kerjanya. 



7. Teks asal: To me, you are the most precious person in the world.

    Teks terjemahan: Pada saya, awak adalah orang yang paling berharga dalam dunia ini.

    Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

    "Kenapa dengan abang, ibu?" ujar adik perempuan Alim sambil menangis.

    "Abang tidak sihat, adik," jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim.

    Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis.

    Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh.

    Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca     buku cerita bersama abang, kakak dan adik perempuan.



8. Teks asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.

    Teks terjemahan: Apabila saya melihat awak, saya akan tersenyum. Kasih sayang saya akan

    sentiasa ada dengan awak.

    Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga saya)

    “Kami sayang dan rindu Alim,” kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.

    Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa             menolong antara satu sama lain. 



9. Teks asal: Kindness will speak the truth.

    Teks terjemahan: Kebaikan akan bercakap benar.

    Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

    “Samaa-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita         semua mesti baik dengan jiran,” jawab Alim sambil mengangukkan kepala.

    “Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik,” sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.

    “Kenapa Mak Cik Timah sedih?,” tanya Alim.

    “Mak Cik Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata Mak     Cik Timah sambil memandang kearah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.



10. Teks asal: Be a better person today and you will find happiness.

    Teks terjemahan: Jadilah orang yang lebih baik baik harini dan anda akan  mengecapi                   kegembiraan               

    Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

  Setiap hari,adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong ibu       bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa       untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula akan sentiasa menyimpan semula permainan     setelah bermain.Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim.

   “Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

  “Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.

  “Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.

 



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

 



Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You... For Us... . Terengganu: Penerbit UMT




GAMBAR BUKTI KEHADIRAN MINGGU 9




No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...