Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: Twitter dan Trend Terkini


TWITTER DAN TREND TERKINI
(BAHAGIAN B)

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang indiviidu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalahpenting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Pada pendapat saya, berdasarkan penulisan Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 beliau berpendapat sesebuah penulisan yang dihasilkan akan memberi kesan yang besar kepada pelajar. Hal ini kerana, melalui sesebuah penulisan bakat-bakat yang terpendam dalam diri pelajar dapat dicungkil dan seterusnya dapat diperkembangkan. Sebelum menulis, seseorang itu perlu menguasai perkara yang akan ditulis kerana ianya akan memberi kesan terhadap orang itu sendiri dan orang lain. Justeru, bagi megelakkan penulisan yang tidak sahih penulis perlulah membuat penyelidikan terlebih dahulu melalui pembacaan ilmiah. Namun begitu, terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang penulis semasa menulis. Terdapat pelajar yang tidak yakin dengan penulisannya dan akan menyebabkan emosi dan pemikiran mereka terganggu. Justeru, mereka perlu mengatasi sifat tersebut bagi memastikan penulisan mereka akan berjaya dan diterima umum. Selain itu, pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada berfikiran negatif apabila orang lain membaca penulisannya kerana dengan adanya penilai mereka akan mengetahui kelemahan mereka dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan diri mereka. Seterusnya berdasarkan penulisan yang dibuat oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim pada tahu 2017 bahawa kebanyakkan pelajar pada hari ini lebih gemar untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang melibatkan pengajaran bahasa. Penglibatan secara langsung dalam aktiviti ini amat penting kepada pelajar kerana pelajar dapat mendalami sesebuah ilmu itu. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung ini akan memberi peluang kepada mereka untuk bertanya kepada penajar apabila tidak memahami sesuatu perkara. Oleh itu, tahap kefahaman pelajar dapat ditingkatkan melalui pengajaran ini.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu. Hak cipta Terpelihara


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...