Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: Kajian wacana

1. Buku Kajian Wacana

Bahagian A

Nama: Nur Faqin Binti Yusof
No.Matrik: 196003

Strategi Kesopanan
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cnatik baju kamu.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hak cipta Terpelihara



Bahagian B

Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya Yang Istimewa
Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang baik hati yang bernama Alim. Alim ini mempunyai keluarga yang bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Pada suatu hari, ayah Alim telah ke Pasar tani membeli buah-buahan untuk dimakan bersama keluargannya. Pelbagai jenis buah-buahan yang telah dibeli oleh Ayah Alim seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Alim dan adik-beradiknya begitu gembira sekali apabila mengetahui bapa mereka telah membeli buah-buahan kegemaran mereka. Mereka telah makan dengan begitu teruja kerana buah-buahan tersebut merupakan buah-buahan kegemaran mereka. Sebelum mereka menikmati buah-buahan tersebut, ibu Alim berpesan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah agar rumah mereka kelihatan bersih dan tidak bersepah. Ketika menikmati buah-buahan tersebut, Alim telah meminta izin kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada kawannya iaitu Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Alim sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya selalu berbuat baik dengan orng lain. Alim telah memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang ketika itu sedang membasuh basikalnya. Emak Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberi buah kepada keluarga mereka. Mak Timah juga memuji sikap Alim yang baik hati kerana sering berkongsi rezeki dengan orang lain. Sikap Alim yang baik hati itu telah membuatkan ramai orang sayang kepadanya.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hak cipta Terpelihara

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...