Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (Normaliza Abd Rahim, 2019)

CERITA SOSIAL 2:  SAYA YANG ISTIMEWA




Berdasarkan certa sosial 2: Saya yang Istimewa terdapat bebrapa nilai yang terkandung dalam cerita tersebut. Cerita tersebut berkisahkan tentang kanak-kanak lelaki yang bernama Alim. Alim hidup bahagia bersama keluarganya yang terdiri daripada bapa, ibu abang, aisyah  dan kakak. Nilai yang terdapat dalam cerita tersebut ialah pemurah. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang pemurah kerana dia sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain. Walaupun rezekinya sedikit namun dia masih lagi akan berkongsi dengan orang lain. Sebagai contoh, Alim telah memberikan buah-buahan yang dibelikan oleh bapanya kepada Sulaiman yang merupakan jirannya. Alim sentiasa ingat pesanan ibu dan bapanya iaitu perlu sentiasa berkongsi rezeki dan perlu bersikap pemurah dengan sesiapa sahaja. Justeru, sikap pemurah yang dimiliki oleh alim itu membuatkan semua orang menyenanginya.

Nilai yang kedua ialah tolong-menolong. Nilai ini dapat dilihat apablia semua ahli keluarga Alim tolong-menolong membersihkan kulit buah-buahan setelah selesai makan. Mereka bersama-sama membersihkan kulit buah-buahan tersebut bagi memastikan rumah mereka bersih. Walaupun Alim masih lagi kanak-kanak namun itu tidak menghalang untuk Alim menolong keluarganya. Oleh itu, sikap tolong-menolong antara ahli keluarga ini merupakan sikap yang murni dan semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat apabila ahli keluarga saling tolong-menolong.

 Akhir sekali ialah nilai kasih sayang. Nilai kasih sayang dapat dilihat dalam cerita ini apabila Mak Cik Timah ibu kepada Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah kepada keluarga mereka. Mak Cik Kiah juga mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Alim. Hal ini emperlihatkan Mak Cik Timah sayang akan Alim dan keluarganya kerana Alim dan keluarganya setiasa mengamalkan sikap baik hati terhadap keluarga Mak Cik Timah.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...