Friday, May 8, 2020

BBM3410SATU2020: CERITA SOSIAL 3 ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

NILAI SOSIAL YANG TERKANDUNG DALAM CERITA SOSIAL 3 


Nilai sosial yang terdapat dlam cerita sosial 3 yang bertajuk Keluarga Saya ialah tolong-menolong, tidak mudah berputus asa dan kasih saying. Nilai tolong menolong dapat dilihat apabila Alim mempunyai sifat suka membantu menbuat kerja rumah. Bukan Alim seorang sahaja yang membantu membuat kerja rumah malah adik-beradiknya turut melakukan perkara yang sama. Hal ini dapat dilihat Alim akan menolong ibu bapanya pada setiap hari. Ali telah dididik oleh ibu bapanya supaya mengemas permainan setelah bermain supaya rumah tidak bersepah. Adik Alim juga dididik supaya sentiasa mengemas permainan setelah bermain walaupun kadangkala Aisyah terlupa namun Alim akan sentiasa mengingatkan adiknya. Oleh itu, dapat dilihat nilai tolong menolong jelas tergambr dalam diri Alim dan adik-beradiknya.

Nilai sosial yang kedua ialah tidak berputus asa. Alim telah belajar daripada abang dan kakaknya cara mengemas rumah. Kakak Alim mengajar Alim cara memegang penyapu yang betul manakala abang Alim menunjukkan cara menyapu sampah dengan betul. Kadangkala Alim gagal untuk membuat kerja rumah dengan betul namun itu tidak memutuskan semangat alim untuk membantu keluarganya, Alim akan cuba semula sehingga Berjaya. Jelaslah dapat dilihat walaupun Alim merupakan kanak-kanak istimewa namun dia tidak berputus asa walupun gagal, dia akan cuba sekali lagi untuk Berjaya.

Nilai sosial yang terakhir ialah kasih sayang. Nilai kasih sayang jelas kelihatan dalam keluarga Alim ini. Mereka saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Ibu sangat sayang akan Alim dan nilai ini sangat terserlah. Contohnya, apabila Alim berasa kecewa ibunya akan memujuk Alim dengan memberikan kata-kata yang dapat merangsang kembali motivasi anaknya. Ibu Alim akan memgang tangan Alim sambilmengusapnya. Perbuatan ibu itu membuatkan Alim berasa tenang. 

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...