Friday, February 28, 2020

BBM3410SATU2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK




[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pai hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya saying ibu dan bapa 
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama 
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:

Normaliza Abd. Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


Cerita saya berdasarkan model penceritaan di atas


Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang beradik. Saya berumur 12 tahun. Pada tahun ini saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya mempunyai keluarga yang amat menyayangi saya dan sentiasa ada bersama saya apabila saya memerlukan mereka. Saya juga mempunyai seorang abang, kakak dan seorang adik. Ibu dan ayah saya merupakan peniaga di pasar malam. Selepas pulang sahaja dari sekolah saya akan membantu ibu dan ayah berniaga di pasar malam. Walaupun ibu dan ayah melarang untuk saya membantu mereka namun saya tetap berkeras untuk membantu mereka kerana bagi saya itu merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Saya tahu sebagai seorang anak tanggungjawab saya menuntut ilmu dan bukan bekerja namun saya tetap perlu membantu mereka di pasar malam agar dapat meringankan sedikit beban mereka. Abang dan juga kakak turut membantu ibu dan ayah di pasar malam usai pulang dari sekolah. Apabila kedai kami tiada pelanggan saya akan mencuri masa untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan percubaan UPSR akan berlangsung tidak lama lagi. Walaupun saya sibuk membantu ibu dan ayah di kedai hingga larut malam nanti namun saya tidak akan mengabaikan pelajaran saya. Ibu dan ayah juga sering mendidik kami adik-beradik untuk menghormati orang tua, sentiasa merendahkan suara ketika bercakap dengan orang yang lebih tua dan sentiasa menyayangi orang di sekeliling tidak kira siapaun orang itu. Sejujurnya dari lubuk hati saya yang paling dalam ini saya benar-benar mencintai dan menyayangi keluarga saya dengan sepenuh hati saya. Walaupun keluarga kami tidak seperti keluarga orang lain yang kaya namun saya tetap bersukur kerana keluarga kami kaya dengan kasih sayang, kaya dengan adab dan kaya dengan nilai-nilai murni. Saya setiasa memohon kepada yang Maha Kuasa agar sentiasa melindungi dan merahmati keluarga kecil saya ini. Keluarga saya nadi hidup saya.

Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2

Pada minggu ke 3, Kumpulan kami iaitu kumpulan 1 (Tech Ninjas' Production) telah Berjaya menjawab 4 soalan bagi sesi blanket test.

1) Menghuraikan elemen asas fotografik (teks).
Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam sesebuah grafik. Kandungan dalam grafik juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik.

2) Menjelaskan asas fotografi mengikut gambar (gambar lelaki tua dengan latar belakang yang dikaburkan)
Portrait merupakan gambar atau foto yang berfous dalam jarak yang dekat. Gambar atau foto portrait lebih jelas diambil dalam studio tertutup. Portrait juga mengambarkan emosi seseorang.

3)Menjelaskan asas fotografi mengikut gambar ( gambar bayi)
Portrait merupakan gambar atau foto yang berfous dalam jarak yang dekat. Gambar atau foto portrait lebih jelas diambil dalam studio tertutup. Portrait juga mengambarkan emosi seseorang.

4) Menjeaskan asas fotografi mengikut gambar (perempuan)
Gambar berbentuk close-up ii diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang. Close-up juga akan menampakkan gambar itu jelas dengan tiap-tiap satu di bahagian muka.

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

MUG SHOT 


Mug shot: Rizal
Mug shot: Nuur
Mug shot: Sahlan
Mug Shot: Faqin

Mug shot: Syafiqah
Mug shot: Syahirah
Mug shot: Aqilah
Mug shot: Izzaty
Mug shot: Fhen
Mug shot: Nurlina


LONG SHOT


Long shot: Gambar pemandangan

Long shot: Gambar pemandangan berserta manusia

MEDIUM SHOT


Medium shot 1: Pemandangan berserta manusia

Medium shot 2: Pemandangan berserta manusia

PORTRAIT


Portrait 1: Keseluruhan badan

Portrait 2: Bahagian muka

CLOSE-UP


Close-up 1: Fokus pada bahagian mata

Close-up 2: sebentuk cincin


Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA


Berdasarkan cerita sosial 2 ini, mencertakan seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Kisah ini bermula apabila ayah Alim membawa pulang buah-buahan ke rumahnya. Pelbagai buah-buahan yang dibeli oleh bapa Alim antaranya buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Bapa alim telah membeli buah-buahan tersebut di pasar tani. Bapa mereka membeli buah tersebut kerana Alim dan adik-beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Ibu Alim juga memesan kepada mereka supaya menjaga kebersihan dengan membuang segala sampah dan kulit kulit buah tersebut di dalam bakul sampah yang telah disediakan. Alim juga seorang yang baik hati kerana dia gemar bersedekah kepada sahabatnya iaitu Sulaiman. Sikap baik hati yang ditunjukkan oleh Alim membuatkan ibu Sulaiman berasa sayang kepadanya.



BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


NAMA: NUR FAQIN BINTI YUSOF

NO MATRIK: 196003


Terdapat banyak manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas Bahasa. Media sosial merupakan satu medium yang besar dan dapat memberikan motivasi kepada pelajar kerana ianya dapat mendorong pelajar dalam pembelajaran Bahasa. Pelajar juga akan menguasai sesuatu Bahasa yang mempunyai struktur yang betul. Seterusnya media sosial juga dapat memberikan manfaat untuk pelajar memperoleh pengalaman pengajian yang baharu. Media sosial juga dapat memberikan sesi pengajaran yang efektif kerana pelajar itu telah mengetahui berkaitan sesuatu Bahasa itu. Media sosial juga penting kerana pelajar dapat berinteraksi sesama mereka da seterusnya akan melahirkan pelajar yang celik IT.

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik (Gambar)


Tugasan pertama yang diberikan dalam kuliah adalah menghasilkan sebuah buku ringkas tentang elemen asas grafik dalam multimedia. Setiap kumpulan perlu menghasilkan tugasan yang sama dan perlu dihantar pada waktu yang telah ditetapkan. Gambar-gambar di bawah merupakan penerangan tentang proses-proses menghasilkan buku tersebut. (Kumpulan 1)


Proses mencari dan memotong huruf-huruf kecil daripada majalah untuk membentuk nama-nama ahli kumpulan


Proses memotong nombor-nombor daripada majalah untuk membentuk no matrik setiap ahli kumpulan

                                           
                                   

Proses mencari gambar daripada majalah dan perlu memastikan gambar yang dipilih memenuhi elemen asas grafik

                                            Proses menebuk lubang pada mounting board


                             Proses menampal nombor nombor untuk dijadikan no matrik


                                          

                                          

Prose menampal gambar pada mounting board dan memastikan gambar yang sudah siap ditampal tiada angin atau buble

                                  Proses menyiapkan buku ringkas tentang elemen asas grafik
                                     


                                                      Gambar bersama ahli kumpulan


                                        Gambar buku ringkas elemen asas grafik yang telah siap

MINGGU 3

Prof Dr Normaliza telah memulangkan semula buku ringkas asas grafik yang telah siap kami hantar kepada beliau. Kumpulan 1 (Tech Ninjas' Production) telah memperoleh 3 bintang bagi buku ringkas asas grafik tersebut.



ULASAN ASAS GRAFIK

1. Mudah
Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana gambar tersebut mudah difahami. Apabila kami melihat gambar tersebut kami telah mengetahui gambar tersebut merupakan gambar bunga.


2. Warna
Ulasan: Kumpulan kami memiloh gambar ini kerana warna yang digunakan sangat menarik perhatian. Latar belakang pada gambar tersebut hanya menggunakan satu warna sahaja iaitu warna jingga tetapi terdapat juga 5 warna yang berbeza pada objek di dalam gambar tersebut.


3. Teks
Ulasan: kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana gambar tersebut jelas sekali terdapat teks dan grafik. Jenis dan saiz font yang dipilih juga bersesuaian dengan gambar tersebut dan tidak menganggu gambar tersebut kerana penyusunan teksnya agak kemas.


4. Kesesuaian
Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana grafik tersebut bersesuaian dengan latar tempat. Grafik tersebut menunjukkan dua orang wanita sedang menyiang ikan di kawasan jeti nelayan atau di pasar. Selain itu, latar watak yang ditunjukkan dalam gambar juga bersesuaian

5. Keseimbangan
Ulasan: Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana ruang dan grafik pada gambar seimbang. Pada ruang di sebelah kiri terdapat teks manakala ruang di sebelah kanan terdapat gambar seorang wanita. Justeru, kedua-dua belah ruang di kiri dan kanan sama berat.

Blanket Test (Soalan yang dijawab)


Kumpulan kami iaitu Kumpulan 1 telah memperoleh 4 markah daripada sesi Blanket Test. Berikut merupakan soalan berserta jawapannya.

1) Berapakah bilangan muka surat yang terdapat di halaman yang berkaitan asas grafik dalam multimedia ( buku Multimedia dalam Bahasa)?

Jawapan: 11 muka surat

2) Apakah kepentingan Rule of Thirds?

Jawapan: Bagi meningkatkan Teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi

3) Berdasarkan gambar yang diberi (gambar pulau) apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya? Terangkan?

Jawapan: Elemen berkenaan adalah elemen muda. Ia kerana, hanya berpandukan gambar tersebut sahaja, seseorang dapat mengetahui ia adalah pemandangan sebuah pulau yang mana terdapat gunung-ganang di sekitarnya, di samping lautan yang terbentang luas.

4) Berdasarkan gambar yang diberi (gambar pulau) apakah elemen asas grafik yang boleh dilihat? Terangkan?

Jawapan: Elemen berkenaan adalah mudah. Hal ini kerana, berpandukan gambar tersebut seseorang dapat memahami ianya gambar di jeti. Gambar tersebut juga dapat memberikan kefahaman kepada seseorang.

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...