Friday, June 12, 2020

CERITA SOSIAL 5: JIRAN

CERITA SOSIAL 5: JIRAN

Cerita Sosial 5 berkisahkan tentang Alim merupakan kanak-kanak yang gemar membaca buku cerita. Alim akan membaca buku cerita pada waktu petang dan mala. Alim akan menyusun buku ceritanya setiap hari supaya buku-bukunya kekal tersususn dan tidak bersepah. Alim mempunyai jiran yang bernama Sulaiman, mereka belajar di kelas yang sama. Terdapat beberapa nilai sosial yang terkandung dalam cerita ini.

Antara nilai sosial yang pertama ialah Alim merupakan seorang kanak-kanak yang pemurah. Alim suka berkongsi buku cerita kepada Sulaiman. Sikap pemurah yang dimiliki Alim itu membuatkan Sulaiman menyenanginya. Alim akan berkongsi apa sahaja yang dimilikinya kepada Sulaiaman dan ini menggambarkan Alim seorang kanak-kanak yang pemurah. Sikap pemurah Alim itu dibalas baik oleh Sulaiman kerana Sulaiman akan berkongsi coklat dengan Alim.

Nilai sosial kedua yang terkandung dalam cerita sosial 5 ialah Alim merupakan kanak-kanak yang baik hati. Hal ini jelas tergambar dalam diri Alim apabila jatuh sakit. Alim tidak suka menyusahkan ibu bapanya ketika sakit justeru dia akan mendiamkan diri kerana tidak ingin ahli keluarganya risau terhadap kesihatan Alim. Jelaslah tergambar Alim seorang yang baik hati dan tidak merungut apabila sakit sebaliknya Alim akan diam sahaja dan tidak pernah merungut terhadap tahap kesihatannya.

Nilai sosial yang terakhir ialah nilai ambil berat. Nilai ambil berat jelas tergambar dalam diri ahli keluarga Alim. Apabila Alim sakit ahli keluarganya sangat risau terhadap kesihatan Alim. Adik-beradik Alim akan menemaninya di dalam bilik bagi memastikan keadaan Alim baik-baik sahaja. Mereka akan berdoa supaya kesihatan Alim sembuh seperti sedia kala.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...