Friday, June 5, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

CERITA SOSIAL 4: HATI




Cerita sosial 4 berkisahkan Alim telah menyambut hari jadinya di sekolah dengan membawa kek cawan ke sekolahnya. Alim membawa kek cawan tersebut untuk berkongsi bersama-sama rakan sekelasnya. Antara nilai yang terkandung dalam cerita sosial 4 ialah berdikari. Alim pandai berdikari kerana mampu memakai baju sekolah sendiri, memakai kasut sekolah. Hal ini menunjukkan Alim panai menguruskan dirinya sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada ahli keluarganya.

Selain itu, nilai kedua yang terkandung dalam cerita sosial 4 ialah nilai menghormati. Alim merupakan seorang kank-kanak yang mempunyai sikap menghormati orang tua dalam dirinya. Walaupun Alim seorang kanak-kanak yang serba kekurang tetapi tidak menjadi penghalang untuk Alim mempunyai nilai menghormati dalam dirinya. Ali akan mencium tangan ibu, ayah, abang dan kakaknya sebelum ke sekolah. Hal ini menunjukkan Alim seorang kanak-kanak yang menghormati orang tuanya.

Nilai sosial yang terakhir ialah nilai tanggungjawab. Cikgu Anis iaitu guru kepada Alim merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Cikgu Anis mengajar Ali dan rakan-rakannya akan nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Cikgu Anis mengajar Alim untuk meghormati orang tua, mengucapkan terima kasih apabila memperoleh sesuatu. Justeru dapat dilihat, Cikgu Anis merupakan seorang guru yang mempunyai tanggungjawab.    

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...