Friday, June 19, 2020

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1






Logo tersebut memperlihatkan seorang anak bersama ayah dan ibunya. Berdasarkan loga tersebut dapat dilihat keluarga mereka memegang tangan antara satu sama lain. Ini menunjukkan mereka saling bekerjasama walau apa jua keadaan. Logo tersebut juga berbentuk bulat yang memperlihatkan mereka bertiga berada dalam bulatan yang sama. Bulatan tersebut menggambarkan mereka setiasa bersatu hati. 




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Waacana dan strategi Komunikasi : Teori Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



RUJUKAN;

Normaliza Abd Rahim. (2109). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTE

Perbezaan Kajian dalam Facebook dan Twitter

1) Terdapat 1.3 billion pengguna Twitter yang manakala Facebook dengan satu billion orang ahli

2) Kajian  dalam Twitter menunjukkan pelajar suka mengemas kini ruti mereka dan menyatakan emosi mereka dalam Twitter dan menggunakan bahasa yang sesuai untuk komunikasi manakala kajian dalam facebook menyatakan Facebook merupakan alat yang digunakan untuk berkomunikasi dan digunakan untuk tujuan pembelajaran tidak formal.

3) Twitter dapat memberi kesan terhadap pembelajaran dan penggredan pelajar dalam kelas manakala Facebook dapat membantu guru untuk melibatkan pelajar di luar kelas dan mendapatkan idea untuk pembelajaran di dalam kelas.

4) Twitter mampu membantu dalam memeta jaringan perbualan yang dinamik manakala Facebook membolehkan pelajar untuk berinteraksi dalam bahasa tulen.

5) twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat dapat diperoleh manakala Facebook pula dapat meningkatkan keyakinan pelajar  dan sikap pelajar bertambah baik serta menjadi lebih aktif untuk berkomunikasi.

Friday, June 12, 2020

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM


ANIMASI, DRAMA DAN FILEM 


RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI

AKTIVITI 1


AKTIVITI 2



AKTIVITI 3


RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

CERITA SOSIAL 5: JIRAN

CERITA SOSIAL 5: JIRAN

Cerita Sosial 5 berkisahkan tentang Alim merupakan kanak-kanak yang gemar membaca buku cerita. Alim akan membaca buku cerita pada waktu petang dan mala. Alim akan menyusun buku ceritanya setiap hari supaya buku-bukunya kekal tersususn dan tidak bersepah. Alim mempunyai jiran yang bernama Sulaiman, mereka belajar di kelas yang sama. Terdapat beberapa nilai sosial yang terkandung dalam cerita ini.

Antara nilai sosial yang pertama ialah Alim merupakan seorang kanak-kanak yang pemurah. Alim suka berkongsi buku cerita kepada Sulaiman. Sikap pemurah yang dimiliki Alim itu membuatkan Sulaiman menyenanginya. Alim akan berkongsi apa sahaja yang dimilikinya kepada Sulaiaman dan ini menggambarkan Alim seorang kanak-kanak yang pemurah. Sikap pemurah Alim itu dibalas baik oleh Sulaiman kerana Sulaiman akan berkongsi coklat dengan Alim.

Nilai sosial kedua yang terkandung dalam cerita sosial 5 ialah Alim merupakan kanak-kanak yang baik hati. Hal ini jelas tergambar dalam diri Alim apabila jatuh sakit. Alim tidak suka menyusahkan ibu bapanya ketika sakit justeru dia akan mendiamkan diri kerana tidak ingin ahli keluarganya risau terhadap kesihatan Alim. Jelaslah tergambar Alim seorang yang baik hati dan tidak merungut apabila sakit sebaliknya Alim akan diam sahaja dan tidak pernah merungut terhadap tahap kesihatannya.

Nilai sosial yang terakhir ialah nilai ambil berat. Nilai ambil berat jelas tergambar dalam diri ahli keluarga Alim. Apabila Alim sakit ahli keluarganya sangat risau terhadap kesihatan Alim. Adik-beradik Alim akan menemaninya di dalam bilik bagi memastikan keadaan Alim baik-baik sahaja. Mereka akan berdoa supaya kesihatan Alim sembuh seperti sedia kala.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Friday, June 5, 2020

AKTIVITI BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

CERITA SOSIAL 4: HATI




Cerita sosial 4 berkisahkan Alim telah menyambut hari jadinya di sekolah dengan membawa kek cawan ke sekolahnya. Alim membawa kek cawan tersebut untuk berkongsi bersama-sama rakan sekelasnya. Antara nilai yang terkandung dalam cerita sosial 4 ialah berdikari. Alim pandai berdikari kerana mampu memakai baju sekolah sendiri, memakai kasut sekolah. Hal ini menunjukkan Alim panai menguruskan dirinya sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada ahli keluarganya.

Selain itu, nilai kedua yang terkandung dalam cerita sosial 4 ialah nilai menghormati. Alim merupakan seorang kank-kanak yang mempunyai sikap menghormati orang tua dalam dirinya. Walaupun Alim seorang kanak-kanak yang serba kekurang tetapi tidak menjadi penghalang untuk Alim mempunyai nilai menghormati dalam dirinya. Ali akan mencium tangan ibu, ayah, abang dan kakaknya sebelum ke sekolah. Hal ini menunjukkan Alim seorang kanak-kanak yang menghormati orang tuanya.

Nilai sosial yang terakhir ialah nilai tanggungjawab. Cikgu Anis iaitu guru kepada Alim merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Cikgu Anis mengajar Ali dan rakan-rakannya akan nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Cikgu Anis mengajar Alim untuk meghormati orang tua, mengucapkan terima kasih apabila memperoleh sesuatu. Justeru dapat dilihat, Cikgu Anis merupakan seorang guru yang mempunyai tanggungjawab.    

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: penerbit UMT

ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

ASAS VIDEOGRAFI



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...