Monday, March 23, 2020

BBM3410Satu2020: Prof like Instagram

Bonjourrrrr, haiiiiii. Assalamualaikum.

Ehekkkkk, harini sis super duper excited sebab ProfDrN like gambar sis dekat Instagram. Omaigoddddd, i is so tak sangkaa. Ehekkk. Hehe terima kasih prof sebab like gambar saya. Saya akan teruskan untuk ambil gambar yang cantik cantik dan tentu sekali mengikut rule of third. Ehekkkk.

Terima kasih Prof sebab buatkan saya semakin besemangat. Bertambah excited nak belajar dengan Prof.

Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: GAMBARAN MAKNA BAGI SIMPULAN BAHASA


TechNinjas' Production telah menghasilkan video gambaran maka bagi simpulan Bahasa bagi minggu 6. Bagi saya video kali ini amat mencabar untuk dihasilkan kerana kami telah mengambil gambar setiap simpulan Bahasa ini dirumah masing-masing. Setiap daripada kami menghadapi cabaran yang berbeza-beza. Cabaran yang dihadapi oleh saya apabila saya perlu mengajar adik saya terlebih dahulu cara untuk mengambil gambar menggunakan rule of third. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi oleh setiap ahli kumpulan, namun saya bersyukur kumpulan saya telah berjaya menyiapkan video ini. 

Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY


Ini merupakan video 2 iaitu jenis-jens flatlay yang telah dihasilkan oleh TechNinjas' Production. Jenis flatlay yang telah dihasilkan ialah flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.

Friday, March 13, 2020

BBM3410Satu2020:Asas Fotografik


Assalamualaikum. . Ini merupakan video pertama daripada TechNinjas' Production. Video ini memaparkan asas grafik daripada Bird's eye view, Over the Shoulder, Bayang, Kabur, Siluet dan Pendua.

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi

_______________________________________________________________________________ Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
__________________________________________________________________________________________ Strategi Pengelakan atau Pengurangan
___________________________________________________________________________________________
1. Pengabaian/ Peninggalan mesej

2. Pengelakan topik
___________________________________________________________________________________________ Achievement or Compensatory Strategies Pencapaian atau Stategi Pampasan
_________________________________________________________________________________
3. Parafrasa (Circumlocution)

4. Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan

6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)

7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)

8. Terjemahan literal

9. Pengantarabangsaan

10. Pertukaran kod

11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling

__________________________________________________________________________________

Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu ______________________________________________________________________________

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices) ___________________________________________________________________________________________ Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonoi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Taksonomi ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Peninggalan mesej memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik. Penukaran mesej pula ialah penukaran mesej asal dengan mesej baharu. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan leksikal umum . Penstrukturan semula merupakan peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa. Pengantarabangsaan pula merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan.

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik


BBM3410SATU2020: Asas Grafik

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.



1. MUDAH

  •  Mudah boleh didefinisikan sebagai apabila melihat sesebuah grafik atau imej seseorang itu boleh memahami grafik tersebut tanpa sebarang kekeliruan. 
  • Contohnya, gambar seorang wanita yang sedang menyiang dan membersihkan ikan di jeti pasar. Apabila melihat foto tersebut seseorang itu dapat memahami bahawa foto itu memperlihatkan seorang wanita yang berada di pasar atau jeti.


2. WARNA
  •  Warna bagi sesebuah grafik sepatutnya tidak melebihi daripada tiga warna. Hal ini bagi mengelakkan kombinasi warna tersebut kelihatan terlalu banyak. Namun terdapat juga grafik yang mengandungi lebih daripada tiga warna kerana ianya bergantung pada objektif atau mesej yang ingin disampaikan.
3. TEKS
  •  Teks merujuk kepada saiz font yang dipilih atau digunakan dalam sesebuah grafik. 
  •  Contohnya, iklan yang berkaitan dengan sesuatu produk perlulah menggunakan saiz font yang besar supaya dapat menarik minat pembeli
4. KESESUAIAN
  • Kesesuaian dalam grafik boleh merupakan sesebuah grafik itu perlulah bersesuaian dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesebuah foto. 

5. KESEIMBANGAN
  • Merujuk kepada ruang dalam grafik atau video
  • Melibatkan ruang kiri, kanan, atas dan bawah bagi sesebuah grafik
  • Ruang grafik perlulah sama berat dan seimbang
  •  Contohnya, grafik seorang wanita yang sedang duduk di ruang sebelah kanan dan ruang di sebelah kirinya pula terdapat teks yang berkaitan biodata dirinya

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)

Vandijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran.


_____________________________________________________________________________
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati 
daripada topik/ tema suatu teks
______________________________________________________________________________ 
Superstruktur 
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan
_______________________________________________________________________________
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati 
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
 ________________________________________________________________________________

Rajah 1: Teori Anaisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro telah dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/ tema suatu teks. Selain itu, superstruktur pula menjelaskan kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.  Akhir sekali, Struktur mikro telah memberi foku kepada maka lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT


MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM





Menurut statitik kedudukan media sosial, Instagram mempunyai 500 juta pengguna (statisca.com). Dapat dilihat Intagram telah menjadi kegemaran dan pilihan pengguna-pengguna media sosial dari seluruh dunia. Terdapat beberapa manfaat Instagram iaitu Instagram dapat membantu pengikutnya dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka.Hal ini kerana, cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umumtentang rutin harian mereka. Instagram juga dapat meningkatkan penggunaan teknologi. Instagram dapat memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai teknologi. Selain itu, Instagrama dapat membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Ianya juga dapat memberikan aura positif dalam video dan membuatkan video tersebut lebih menarik.

BBM3410SATU2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal ( Normaliza Abd Rahim, 2014). Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Keputusan kajian ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap gambar yang telah dinyatakan berkatan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan kajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa dan pembelajaran multimedia.


Graf 6.1 merupakan blog di dalam Pengajian Kesusasteraan. graf tersebut telah menunjukkan perspektif responden tentang pengajian Kesusasteraan. Antara genre kesusasteraan yang diperincikan ialah puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Hal ini dapat dilihat bahawa responden telah memilih salah satu daripada genre kesusasteraan berikut yang mereka suka untuk ditulis di dalam blog. Bagi genre puisi sebanyak 66.7% yang mewakili responden lelaki dan 80% mewakili responden wanita. Secara keseluruhannya menunjukkan responden wanita lebih gemar menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Keputusan juga menunjukkan kedua-dua responden lelaki dan perempuan mencadangkan puisi adalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog. Untuk cerpen pendek pula sebanyak 86.7% yang mewakili sebanyak 26 responden lelaki dan 96.7% bagi responden wanita. Keputusan menunjukkan responden wanita lebih gemar menulis cerita pendek dalam blog berbanding responden lelaki. Selain itu, menulis skrip juga dicadangkan oleh responden. Sebanyak 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita). Kseluruhannya dapat dilihat responden wanita lebih lebih tinggidaripada peratusan responden lelaki. Hal ini memperlihatkan responden wanita lebih gemar berkongsi idea dan pandangan dalam menuis skrip. Akhir sekali, peratusn pantun menunjukan 66.7% yang melibatkan 20 responden lelaki dan 86.7% iaitu sebanyak 26 responden wanita.

Graf 6.2 merupakan Blog dalam Pembelajaran Bahasa. graf ini telah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu penulisan surat, meuahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Bagi Penulisan surat pula mewakili 80% yang melibatkan 24 responden lelaki dan 83.3% yang mewakili 25 responden wanita. Keseluruhannya dapat dilihat responden wanita memperoleh peratusan yang tinggi berbanding responden lelaki. Seterusnya, menulis di dalam blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan, 66.7% sebanyak 20 responden lelaki dan 100% (30 responden wanita) menyatakan cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding responden lelaki. Blog merupakan medium terbaik bagi responden wanita meluahkan perasaan. Akhir sekali, teka-teki, 93.3% melibatkan 28 responden lelaki dan 96.7% yang mewakili 29 responden wanita.

Graf 6.3 pula merupakan blog dalam pembelajaran teknologi. Di dalam graf 6.3, ia boleh dinyatakan penulisan blog membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Bagi video 100% responden lelaki dan wanita menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada mereka. bagi audio pula, peratusan untuk responden lelaki dan wanita adalah sama iaitu 100%. Ini menunjukkan ereka berminat dengan audio kerana blog mengandung kesemua lagu kegemaran mereka. Bagi gambar pula, 93% mewakili 28 orang responden lelaki dan 100% mewakili 30 responden wanita. Mereka menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan hantaran. Peratusan responden wanita lebih tinggi daripada responden wanita.

RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...