Friday, May 8, 2020

BBM3410SATU2020: CERITA SOSIAL 3 ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

NILAI SOSIAL YANG TERKANDUNG DALAM CERITA SOSIAL 3 


Nilai sosial yang terdapat dlam cerita sosial 3 yang bertajuk Keluarga Saya ialah tolong-menolong, tidak mudah berputus asa dan kasih saying. Nilai tolong menolong dapat dilihat apabila Alim mempunyai sifat suka membantu menbuat kerja rumah. Bukan Alim seorang sahaja yang membantu membuat kerja rumah malah adik-beradiknya turut melakukan perkara yang sama. Hal ini dapat dilihat Alim akan menolong ibu bapanya pada setiap hari. Ali telah dididik oleh ibu bapanya supaya mengemas permainan setelah bermain supaya rumah tidak bersepah. Adik Alim juga dididik supaya sentiasa mengemas permainan setelah bermain walaupun kadangkala Aisyah terlupa namun Alim akan sentiasa mengingatkan adiknya. Oleh itu, dapat dilihat nilai tolong menolong jelas tergambr dalam diri Alim dan adik-beradiknya.

Nilai sosial yang kedua ialah tidak berputus asa. Alim telah belajar daripada abang dan kakaknya cara mengemas rumah. Kakak Alim mengajar Alim cara memegang penyapu yang betul manakala abang Alim menunjukkan cara menyapu sampah dengan betul. Kadangkala Alim gagal untuk membuat kerja rumah dengan betul namun itu tidak memutuskan semangat alim untuk membantu keluarganya, Alim akan cuba semula sehingga Berjaya. Jelaslah dapat dilihat walaupun Alim merupakan kanak-kanak istimewa namun dia tidak berputus asa walupun gagal, dia akan cuba sekali lagi untuk Berjaya.

Nilai sosial yang terakhir ialah kasih sayang. Nilai kasih sayang jelas kelihatan dalam keluarga Alim ini. Mereka saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Ibu sangat sayang akan Alim dan nilai ini sangat terserlah. Contohnya, apabila Alim berasa kecewa ibunya akan memujuk Alim dengan memberikan kata-kata yang dapat merangsang kembali motivasi anaknya. Ibu Alim akan memgang tangan Alim sambilmengusapnya. Perbuatan ibu itu membuatkan Alim berasa tenang. 

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

BBM3410SATU2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT



BBM3410SATU2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: Rule of Thirds (Normaliza Abd Rahim, 2019)


Posting di Facebook



Berikut merupakan posting di Facebook yang berkaitan dengan Rules of Thirds.  Tugasan ini menjelaskan berkaitan dengan rules of thirds.  Semua orang suka bergambar tetapi tidak semua orang yang tahu tentang teknik fotografi yang berkesan. Tugasan ini telah menjelaskan bagaimana Teknik yang betul untuk mengambil gambar atau berswafoto. Dengan adanya, rule of thirds  ini gambar yang terhasil akan menarik serta dapat menarik minat orang lain.


Rujukan: 

Normaliza abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Seangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hak cipta Terpelihara.

BBM3410Satu2020: Media Sosial: Gambaran Keseluruhan

Aktiviti 1: : Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian anda?




Aktiviti 2: : Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?



Aktiviti 3: Pilih dua daripada aplikasi media sosial dan berikan kelemahannya.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Ehh!!! Media Sosial.  Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (Normaliza Abd Rahim, 2019)

CERITA SOSIAL 2:  SAYA YANG ISTIMEWA




Berdasarkan certa sosial 2: Saya yang Istimewa terdapat bebrapa nilai yang terkandung dalam cerita tersebut. Cerita tersebut berkisahkan tentang kanak-kanak lelaki yang bernama Alim. Alim hidup bahagia bersama keluarganya yang terdiri daripada bapa, ibu abang, aisyah  dan kakak. Nilai yang terdapat dalam cerita tersebut ialah pemurah. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang pemurah kerana dia sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain. Walaupun rezekinya sedikit namun dia masih lagi akan berkongsi dengan orang lain. Sebagai contoh, Alim telah memberikan buah-buahan yang dibelikan oleh bapanya kepada Sulaiman yang merupakan jirannya. Alim sentiasa ingat pesanan ibu dan bapanya iaitu perlu sentiasa berkongsi rezeki dan perlu bersikap pemurah dengan sesiapa sahaja. Justeru, sikap pemurah yang dimiliki oleh alim itu membuatkan semua orang menyenanginya.

Nilai yang kedua ialah tolong-menolong. Nilai ini dapat dilihat apablia semua ahli keluarga Alim tolong-menolong membersihkan kulit buah-buahan setelah selesai makan. Mereka bersama-sama membersihkan kulit buah-buahan tersebut bagi memastikan rumah mereka bersih. Walaupun Alim masih lagi kanak-kanak namun itu tidak menghalang untuk Alim menolong keluarganya. Oleh itu, sikap tolong-menolong antara ahli keluarga ini merupakan sikap yang murni dan semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat apabila ahli keluarga saling tolong-menolong.

 Akhir sekali ialah nilai kasih sayang. Nilai kasih sayang dapat dilihat dalam cerita ini apabila Mak Cik Timah ibu kepada Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah kepada keluarga mereka. Mak Cik Kiah juga mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Alim. Hal ini emperlihatkan Mak Cik Timah sayang akan Alim dan keluarganya kerana Alim dan keluarganya setiasa mengamalkan sikap baik hati terhadap keluarga Mak Cik Timah.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara


BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  Antara kenangan bersama Prof masa sem 4. Comel kan Prof saya macam saya jugakk. Ehh tiberr. Hahaha.  Assalamualaikum pembuka bicara, Saya ...